Amru B.
Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ
الأَشْعَارِ فِي الْمَسْجِدِ، وَعَنِ البَيْعِ وَالاِشْتِرَاءِ فِيهِ، وَأَنْ
يَتَحَلَّقَ النَّاسُ فِيهِ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلاَةِ
“Bahawasanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari melagukan sya’ir di
masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.”
Hadis ini
diriwayatkan oleh Ahmad, no. 6676. Abu Daud, bab: Larangan membuat halaqah di
hari Juma’at sebelum solat, no. 1079. at-Tirmidzi, bab: Dibencinya jual-beli
dan melagukan sya’ir di masjid, no. 322. Shahih Ibnu Khuzaimah, bab: Larangan
jual-beli di masjid, no. 1304.
Kata
at-Tirmidzi, hadis ‘Abdullah B. ‘Amru adalah hadis hasan, dan ‘Amru B. Syu’aib
adalah Ibn Muhammad B. ‘Abdullah B. ‘Amru B. al-‘Ash. Hadis ini juga dihasankan
oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Salim al-Hilali.
Setelah
membawakan hadis ini, Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279) menyatakan:
وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ
العِلْمِ البَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي المَسْجِدِ، وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ،
وَإِسْحَاقُ
“Sebahagian
ahli ilmu memakruhkan (membenci) urusan jual beli di masjid, dan ini adalah
pendapat Imam Ahmad dan Ishaq (Ibn Rohuyah).” (Sunan at-Tirmidzi, 2/139)
Manakala Syaikh
Salim al-Hilali hafizhahullah menyatakan:
“Haram hukumnya
berjual-beli di dalam masjid, kerana masjid adalah pasar akhirat. Termasuk
adabnya adalah dengan menjauhkan masjid dari urusan dunia dan urusan-urusan
lain yang tidak ada hubung-kaitnya dengan akhirat.” (Mausu’ah al-Manahi
asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/371 – Daar Ibn ‘Affan)
Adapun tentang sya’ir,
yang diharamkan adalah sya’ir-sya’ir jahiliyyah dan sya’ir-sya’ir ahli bathil.
Atau apabila kebanyakan waktu dihabiskan untuk bersya’ir sehingga melalaikan
dari menuntut ilmu, mempelajari al-Qur’an, berdzikir, dan bertasbih. (Mausu’ah
al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/365 – Daar Ibn
‘Affan)
Manakala
tentang membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan atau bulatan-bulatan majlis
bicara) sebelum solat Juma’at, hukumnya adalah haram. Kata Syaikh Salim
al-Hilali, “Haram hukumnya membuat halaqah sebelum solat di hari Juma’at.
Khususnya bid’ah yang begitu menyebar di sejumlah besar negara Islam (pada hari
ini), iaitu sebagaimana disebut dengan nama “kuliah agama khas hari Juma’at”.
Ini termasuk dalam maksud larangan hadis tersebut. Di samping itu, perkara ini
juga tidak pernah diamalkan oleh para salaf serta akan mengganggu orang-orang
yang sedang solat (solat sunnah) dan berdzikir di hari Juma’at.” (Mausu’ah
al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/376 – Daar Ibn
‘Affan)
Termasuk
halaqah-halaqah yang dimaksudkan adalah bersembang-sembang, dan
berkumpul-kumpul di masjid untuk membicarakan sesuatu.
Dalam hadis
yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ
يَبْتَاعُ فِي المَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ، وَإِذَا
رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً، فَقُولُوا: لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ
“Jika kamu
melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah (kepada mereka), “Semoga
Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila kamu
melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka
katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu.”.”
Hadis ini
diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bab: Larangan berniaga di masjid, no. 1321.Kata
beliau, hadis ini hasan gharib. Demikian juga Syaikh Muqbil, beliau
menghasankannya dalam al-Jaami’ ash-Shahih mimma laisa fish-Shahihain, no.
1438.
Diriwayatkan
juga oleh an-Nasaa’i, bab: Apa yang diucapkan kepada sesiapa yang berjual-beli
di masjid, no. 9933. Dan Ibnu Hibban, no. 1650. Dinilai sahih oleh al-Hakim,
adz-Dzahabi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth.
Diriwayatkan
juga oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya, no. 1305 dan beliau menyatakan pada
babnya:
الأمر بالدعاء على المتبايعين في
المسجد أن لا تربح تجارتهما وفيه ما دل على البيع ينعقد وإن كانا عاصيين بفعلهما
“Perintah
mendoakan orang yang berjual-beli di masjid agar tidak mendapat keuntungan dan
dalil menyatakan bahawa jual-beli tersebut sah walaupun keduanya telah
melakukan dosa disebabkan perbuatan tersebut.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/274)
Imam
ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan maksud hadis ini dengan katanya:
فيه دلالة على تحريم البيع والشراء في
المساجد وأنه يجب على من رأى ذلك فيه أن يقول لكل من البائع والمشتري لا أربح الله
تجارتك جهرا زجزا للفاعل لذلك يقول والعلة هي قوله فيما سلف فإن المساجد لم تبن
لذلك وهل ينعقد البيع قال الماوردي: إنه ينعقد اتفاقا
“Hadis ini
menunjukkan pengharaman jual beli di dalam masjid, dan orang yang menyaksikan
transaksi tersebut hendaklah mengatakan dengan jelas, “Semoga Allah tidak
memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”, sama ada kepada pembeli atau
penjual, sebagai peringatan untuk mereka yang melakukannya. Dan alasannya
adalah hadis Nabi yang telah disebutkan, “Bahawa masjid bukan dibina untuk
perkara tersebut (urusan jual-beli).” Tetapi adakah jual-belinya sah? Kata
al-Mawardi: jual-belinya tetap sah dengan ittifaq ulama.” (Subulus Salam, 1/297
– al-Maktabah at-Taufiqiyyah)
Demikian juga
Imam asy-Syaukani rahimahullah, beliau menegaskan:
يدلان على تحريم البيع والشراء وإنشاد
الضالة وإنشاد الأشعار والتحلق يوم الجمعة قبل الصلاة
“Kedua-dua
hadis tersebut menunjukkan bahawa diharamkan jual-beli, membuat pengumuman
berkenaan kehilangan, pembacaan sya’ir (di masjid), dan membuat halaqah-halaqah
pada hari Juma’at sebelum solat.” (Nail al-Authar, 2/166)
Wallahu a’lam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar